RSS

Sunday 16 September 2012

Pengenalan & Ciri-ciri bagi IKS

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia,

Adakah anda pernah mendengari nama IKS ataupun Industri Kecil dan Sederhana? Kalau ada, adakah kamu mempunyai sebarang fikiran tentang IKS? Kalau tidak, sahajalah ikut group ORANGE JE' untuk bersama-sama memahami apakah itu IKS.


Apakah itu Industri Kecil dan Sederhana (IKS)?
  1. proses pembuatan , pemprosesan dan penghasilan bahan-bahan mentah kepada barang-barang siap terlibat.
  2. IKS menghasilkan peralatan dan komponen untuk industri berat dan merupakan syarikat perkilangan yang mempunyai nilai jualan tahunan yang tidak melebihi RM25 juta . Pekerja sepenuh masa juga tidak melebihi 150 orang .


Industri kecil :
-          mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 orang pekerja
-          memiliki nilai jualan tahunan yang tidak melebihi RM10 juta

Industri sederhana :
-            mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa antara 51 hingga 150 orang pekerja
-            memiliki nilai jualan tahunan antara RM10 juta hingga RM25 juta

Ciri-ciri Industri Kecil dan Sederhana :

  1. Mengeluarkan hampir semua barang pengguna, barang sokongan industri besar dan yang tidak dapat dikeluarkan oleh industri besar seperti sektor pembuatan makanan.
  2. Organisasi mudah, diasaskan oleh keluarga dan pekerja adalah ahli keluarga dan penduduk setempat/jiran.
     3.  Modal terhad menyebabkan penggunaan kaedah intensif buruh. MARA
          dan MIDF memberi bantuan modal kerana kesukaran bantuan kredit
          daripada institusi kewangan.
  1. Terletak di merata tempat dan kurang bergantung kepada kemudahan infrastruktur.
  1. Keluaran tidak menggunakan teknologi tinggi, menggunakan mesin terpakai untuk menjimatkan kos

Setakat untuk hari ini, kita akan membincangkan details-details IKS selepas ini. Please keep following our blog for more informations:)


                                                 By LOON LIH MEY

1 comments:

norsabilah.blogspot.com said...

maklumat ini sangat berguna..terima kasih..=)

Post a Comment

Thank you for visiting our blog :)

Cool Dark Blue Pointer Glitter